Monday, June 2, 2008

pelancaran pusat komuniti dan madrasah senaling





Pusat Komuniti dan Madrasah Senaling telah selamat di lancarakan pada 31hb Mei 2008 oleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YB Ir Tuan Haji Amiruddin Hamzah.
Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling (PKMDS) yang bertempat di tengah-tengah masyarakat DUN Senaling, merupakan penterjemahan secara praktikal tawaran kami dalam membangunkan masyarakat yang berkebajikan. Di pandu oleh wawasan nya untuk menjadi
“Satu pusat masyarakat yang dinamik, mesra dan prihatin terhadap keperluan masyarakat di Senaling dengan menawarkan khidmat pendidikan dan pembangunan individu, keluarga dan komuniti yang komprehensif bagi semua lapisan umur tanpa mengira bangsa, keturunan dan kefahaman politik”, PKMDS telah mengorak langkah dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti untuk mencapai wawasan murni tersebut. Program yang memenuhi kehendak semua lapisan masyarakat telah di atur untuk tahun ini.
PKMDS komited kepada wawasan yang di dukung nya di mana dalam memberikan khidmat nya kepada masyarakat , kami tidak membezakan bangsa, keturunan dan kefahaman politik; PUSAT KOMUNITI UNTUK SEMUA
PKMDS di wujudkan dengan pembangunan rakyat sebagai motif utama, marilah bersama-sama kita menikmati kemudahan dan program yang akan diadakan dan akan di anjurkan




No comments: