Saturday, April 19, 2008

Komunikasi dan Informasi Terkini Anda Di Senaling

Assalamualaikum

Selamat bertemu dalam blog Suara Senaling. Suara Senaling merupakan satu usaha kerdil dalam memperkayakan lagi percambahan pemikiran di alam maya untuk mewujudkan satu komuniti yang responsif dan bertanggungjawab terhadap isu dan suasana yang berlaku di sekeliling kita.

Ianya beraspirasi tidak membataskan perbincangan kepada isu-isu politik atau ugama, tetapi akan berusaha membuka jendela perbincangan yang lebih meluas; apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

Suara Senaling membuka dada seluas-luasnya untuk sebarang perkongsian dan teguran; ide-ide yang di cetuskan sudah tentunya tidak mengharapkan persetujuan semua.

Selamat berbincang