Monday, October 6, 2008

Membina Keprihatian Terhadap Yang Memerlukan di bulan Yang Mulia


Ketika kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut Syawal yang akan tiba; dengan pakaian baru dan kueh mueh serta juadah; ada diantara kita yang tidak bernasib baik terpaksa menyambut Syawal dengan serba kekurangan.
Ketenangan yang lahir dari ibadah Ramadhan seharus nya menanamkan kinsafan dan keinginan untuk berkongsi rezeki yang di limpahkan oleh Allah s.w.t dengan mereka yang tidak bernasib baik ini.
Alhamdullilah, Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling telah melakar sejarah baru dalam program kebajikan di DUN Senaling dengan mengadakan program bersama dengan ahli Korpoarat dalam program Jejak Fakir Miskin pada 20 Ramadhan 1429 bersamaan 20hb September 2008.
Program yang di ketuai oleh Pengerusinya Saudara Zaharudin Othman bersama ahli jawatankuasa dan 15 orang ahli korporat dari Kuala Lumpur telah turun padang menjelajah DUN Senaling. Sebanyak 47 bungkusan barangan keperluan mangandungi beras 10 kilo, gula 2 kilo, minyak masak 3 kilo dan wang RM20.00 telah di agihkan kepada ibu-ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin.
Ahli Jawatankuasa PKMDS bersama-sama ahli korporat yand dibahagikan kepada tiga kumpulan dalam program jelajah telah sempat beramah mesra dengan mereka yang menerima bantuan tersebut dan amat terharu dengan keadaan yang mereka hadapi; ada diantara mereka ibu tunggal yang menyara anak 7 orang, ibu dan ayah tunggal yang tinggal keseorangan kerana di tinggalkan oleh anak-anak, ibu tunggal yang terpaksa menyara anak cacat dan bermacam-macam penderitaan yang dialami oleh mereka.
Bagi ahli korporat yang sempat bersama amat rasa bersyukur di berikan peluang untuk menyampaikan sumbangan di mana telah membuka mata mereka terhadap keperitan yang di lalui oleh fakir miskin tersebut.
Pada malamnya satu program iftar dan tarawih bersama anak-anak yatim dari Sawah Lebar telah di adakan. Dalam ucapannya Saudara Zaharudin Othman mengingatkan bahawa membantu orang dalam kesusahan merupakan tuntutan keimanan. Beliau juga menekankan bahawa usaha-usaha seperti ini tidak seharusnya digiatkan semasa bulan Ramadhan sahaja tetapi harus menjadi budaya kehidupan seorang mukmin; untuk berkongsi kurniaan Allah s.w.t. dengan mereka yang susah. Saudara Zaharudin mengakhiri ucapan beliau dengan mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli korporat yang telah menyumbang harta dan tenaga dalam menjayakan program tersebut dan mengharapkan program ini akan berterusan di masa-masa akan datang.
Encik Shahir yang mewakili ahli-ahli korporat mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PKM Senaling kerana telah menerima kunjungan mereka ke DUN Senaling. Beliau juga menyeru supaya program kerjasama diteruskan bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi di bulan-bulan lain. Beliau dan rakan-rakan memberikan komitmen untuk terus menyokong progam kerjasama ini. Di akhir ucapan beliau mengingatkan yang hadir supaya mengambil peluang yang telah di berikan oleh Allah s.w.t pada bulan yang barakah terutamanya di hari 10 terakhir untuk mempertingkatkan amal dan taubat.
Puan Rozana yang mewakili ahli korporat telah sudi untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Program di akhiri dengan sembahyang tarawih dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Ramli .

No comments: