Tuesday, October 21, 2008

PROGRAM KHATAN BERAMAI-RAMAI

Sebagai kesinambungan usaha-usaha Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling (PKMDS) dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat DUN Senaling, satu program khatan beramai-ramai akan di adakan pada 30hb November 2008.

Program ini di buka kepada semua anak-anak di DUN Senaling khususnya dan kawasan Kuala Pilah amnya. Program akan dikendalikan oleh doktor-doktor pakar yang bepengalaman luas dalam melakukan khatan beramai-ramai. Yuran penyertaan ialah RM 40.00 seorang.

Bagi mereka yang berminat sila maklumkan penyertaan kepada Saudara Zaharudin (012-616 7819) sebelum 16hb November 2008

No comments: