Friday, October 31, 2008

Pas : Merawat luka sebelum parah

Baru-baru ni kedengaran samada dalam media alternatif, bloggers dan di kalangan aktivis Pas mengenai perbedzaan pendapat di kalangan pemimpin Pas mengenai hala tuju Pas dalam Pakatan Rakyat.

Alhamdullilah hari ini terbaca satu artikel dalam Malaysia Insider yang amat menggembirakan. Semuga perkara ini akan menjadi titik permulaan untuk mengukuhkan Pas dalam memainkan peranan yang lebih "centre stage" dalam PR.

Baca lanjutan dalam http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zulkifli-sulong/11529-pas-merawat-luka-sebelum-parah

Tuesday, October 21, 2008

PROGRAM KHATAN BERAMAI-RAMAI

Sebagai kesinambungan usaha-usaha Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling (PKMDS) dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat DUN Senaling, satu program khatan beramai-ramai akan di adakan pada 30hb November 2008.

Program ini di buka kepada semua anak-anak di DUN Senaling khususnya dan kawasan Kuala Pilah amnya. Program akan dikendalikan oleh doktor-doktor pakar yang bepengalaman luas dalam melakukan khatan beramai-ramai. Yuran penyertaan ialah RM 40.00 seorang.

Bagi mereka yang berminat sila maklumkan penyertaan kepada Saudara Zaharudin (012-616 7819) sebelum 16hb November 2008

JAMUAN HARI RAYA PUSAT KOMUNITI DAN MADRASAH DUN SENALING DI SAMBUT MERIAH





Semalam program Hari Raya dan Ceramah Eidul Fitri Pusat Komuniti dan Madrasah DuN Senaling telah berjaya di adakan dengan kehadiran masyarakat di sekitar DUN Senaling.

Program Majlis Hari Raya di telah di serikan dengan kehadiran tetamu undangan khas Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Kumpulan Nasyeed Saff-One, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Saudara Zulkifli Mohamad bin Hj Omar, Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, Saudara Abdul Halim dan kepimpinan PAS Kawasan dan PKR Bahagian.


Sambil menjamu selera, para peserta telah di hiburkan dengan dendangan nasyeed oleh Kumpulan Saff-One. Dalam kata aluan, beliau, Saudara Zaharudin mengucapkan ahlan-wasahlan kepada semua tetamu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu khas atas kesudian untuk menjayakan program Sambutan Hari Raya tersebut. Beliau juga menekankan bahawa program ini merupakan salah satu program dalam rangkaian program yang telah di rancang untuk Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling. Setelah menjamu selera para hadiran pula di berikan peluang untuk mendengar ceramah penerangan oleh Saudara Zulkefly Muhamad dan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ahli jawatankuasa Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang keatas kejayaan program tersebut.
Ucapan terima kasih khas juga di tujukan kepada Tuan Rumah saudara Abdul Aziz Maarof atas kesudian beliau menjadi hos kepada program tersebut

Wednesday, October 8, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PUSAT KOMUNITI DAN MADRASAH DUN SENALING

Tarikh : 20HB OKTOBER 2008
Masa : 8.30 MALAM
Tempat : RUMAH ABD AZIZ HJ MAAROF
NO 18 KG DIOH TENGAH KUALA PILAH NS
PROGRAM :
JAMUAN * NASYEED * CERAMAH AIDIL FITRI
TETAMU UNDANGAN KHAS

DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
KUMPULAN NASYEED SAFF-ONE
Anjuran :
Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling
Hubungi sdra aziz 06 -481 3731 / 017 – 312 9077


Monday, October 6, 2008

Membina Keprihatian Terhadap Yang Memerlukan di bulan Yang Mulia


Ketika kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut Syawal yang akan tiba; dengan pakaian baru dan kueh mueh serta juadah; ada diantara kita yang tidak bernasib baik terpaksa menyambut Syawal dengan serba kekurangan.
Ketenangan yang lahir dari ibadah Ramadhan seharus nya menanamkan kinsafan dan keinginan untuk berkongsi rezeki yang di limpahkan oleh Allah s.w.t dengan mereka yang tidak bernasib baik ini.
Alhamdullilah, Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling telah melakar sejarah baru dalam program kebajikan di DUN Senaling dengan mengadakan program bersama dengan ahli Korpoarat dalam program Jejak Fakir Miskin pada 20 Ramadhan 1429 bersamaan 20hb September 2008.
Program yang di ketuai oleh Pengerusinya Saudara Zaharudin Othman bersama ahli jawatankuasa dan 15 orang ahli korporat dari Kuala Lumpur telah turun padang menjelajah DUN Senaling. Sebanyak 47 bungkusan barangan keperluan mangandungi beras 10 kilo, gula 2 kilo, minyak masak 3 kilo dan wang RM20.00 telah di agihkan kepada ibu-ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin.
Ahli Jawatankuasa PKMDS bersama-sama ahli korporat yand dibahagikan kepada tiga kumpulan dalam program jelajah telah sempat beramah mesra dengan mereka yang menerima bantuan tersebut dan amat terharu dengan keadaan yang mereka hadapi; ada diantara mereka ibu tunggal yang menyara anak 7 orang, ibu dan ayah tunggal yang tinggal keseorangan kerana di tinggalkan oleh anak-anak, ibu tunggal yang terpaksa menyara anak cacat dan bermacam-macam penderitaan yang dialami oleh mereka.
Bagi ahli korporat yang sempat bersama amat rasa bersyukur di berikan peluang untuk menyampaikan sumbangan di mana telah membuka mata mereka terhadap keperitan yang di lalui oleh fakir miskin tersebut.
Pada malamnya satu program iftar dan tarawih bersama anak-anak yatim dari Sawah Lebar telah di adakan. Dalam ucapannya Saudara Zaharudin Othman mengingatkan bahawa membantu orang dalam kesusahan merupakan tuntutan keimanan. Beliau juga menekankan bahawa usaha-usaha seperti ini tidak seharusnya digiatkan semasa bulan Ramadhan sahaja tetapi harus menjadi budaya kehidupan seorang mukmin; untuk berkongsi kurniaan Allah s.w.t. dengan mereka yang susah. Saudara Zaharudin mengakhiri ucapan beliau dengan mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli korporat yang telah menyumbang harta dan tenaga dalam menjayakan program tersebut dan mengharapkan program ini akan berterusan di masa-masa akan datang.
Encik Shahir yang mewakili ahli-ahli korporat mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PKM Senaling kerana telah menerima kunjungan mereka ke DUN Senaling. Beliau juga menyeru supaya program kerjasama diteruskan bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi di bulan-bulan lain. Beliau dan rakan-rakan memberikan komitmen untuk terus menyokong progam kerjasama ini. Di akhir ucapan beliau mengingatkan yang hadir supaya mengambil peluang yang telah di berikan oleh Allah s.w.t pada bulan yang barakah terutamanya di hari 10 terakhir untuk mempertingkatkan amal dan taubat.
Puan Rozana yang mewakili ahli korporat telah sudi untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Program di akhiri dengan sembahyang tarawih dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Ramli .