Tuesday, October 21, 2008

JAMUAN HARI RAYA PUSAT KOMUNITI DAN MADRASAH DUN SENALING DI SAMBUT MERIAH





Semalam program Hari Raya dan Ceramah Eidul Fitri Pusat Komuniti dan Madrasah DuN Senaling telah berjaya di adakan dengan kehadiran masyarakat di sekitar DUN Senaling.

Program Majlis Hari Raya di telah di serikan dengan kehadiran tetamu undangan khas Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Kumpulan Nasyeed Saff-One, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Saudara Zulkifli Mohamad bin Hj Omar, Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, Saudara Abdul Halim dan kepimpinan PAS Kawasan dan PKR Bahagian.


Sambil menjamu selera, para peserta telah di hiburkan dengan dendangan nasyeed oleh Kumpulan Saff-One. Dalam kata aluan, beliau, Saudara Zaharudin mengucapkan ahlan-wasahlan kepada semua tetamu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu khas atas kesudian untuk menjayakan program Sambutan Hari Raya tersebut. Beliau juga menekankan bahawa program ini merupakan salah satu program dalam rangkaian program yang telah di rancang untuk Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling. Setelah menjamu selera para hadiran pula di berikan peluang untuk mendengar ceramah penerangan oleh Saudara Zulkefly Muhamad dan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ahli jawatankuasa Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang keatas kejayaan program tersebut.
Ucapan terima kasih khas juga di tujukan kepada Tuan Rumah saudara Abdul Aziz Maarof atas kesudian beliau menjadi hos kepada program tersebut

2 comments:

GUA64 said...

Kami mencadangkan, pemimpin2 di setiap 5 DUN ini,berjumpa dan berbincang bagi mengadakan satu Pejabat pertadbiran PAKATAN RAKYAT PARLIMEN KUALA PILAH. Ini dapat sama2 kita mengadakan setiap aktiviti2 parti dlm satu suara seiring dengan seruan pemimpin2 peringkat PUSAT. BN KP khususnya belum lagi dapat membentuk satu siasah ini dan kita seharusnya dapat mendahului mereka terutama sebelum menjelangnya PRU 13. Doa kami, ianya menjadi satu kenyataan.@@ Pejabat Pakatan Rakyat DUN JUasseh @@

PR Juasseh/Jemapoh said...

Salam Lembaran Eidul Fitri & Salam Reformasi

Salam Lembaran Eidul Fitri & Salam Reformasi

Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh mengucapkan selamat meraikan sambutan ‘Eidul Fitri kapada seluruh kaum Muslimin di Malaysia. Marilah kita bersama menyambut hari lebaran ini dengan penuh keceriaan dan kesederhanaan.
Kami juga mengambil kesempatan memohon kemaafan sekiranya bahan tulisan kami selama ini pernah menyinggung peribadi seseorang samada lansung atau tidak lansung.

Kejayaan amalan berpuasa dan beribadat sebaiknya di sepanjang Ramadan yang lalu, adalah merupakan satu ujian ALLAH untuk membersihkan apa jua yg bersarang kotor di di benak jiwa yg selalu berprangsangka.

Kemenangan yang amat bermakna kepada setiap seorang Muslim apabila dapat memakrifat diri kebesaran Allah.

Semoga Allah (SWT) melimpahkan rahmah dan barakahNya kepada seluruh umat Islam. ‘Eid mubarak dan maaf, zahir dan batin dari kami.

@Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh@